Rss Feed

Hidup Perlu Bersabar

Assalamualaikum...

Sihat? Hm aku suka layan lagu sedih? baru feel nak mengupdate nak membaca pesemua hehe rasa nya situasi aku sama macam lagu aku dengar ni. Aku tak tahu apa yang aku perlu buat. Hati ni dah meraung menangis menjerit dah. Aku buntu! Tentang apa? Biar aku sorang je yang tahu dan jangan persoalkan nya lagi. Aku tak sanggup nak jawab.....

Tabahkan hatimu AMAR.....


Aku tahu aku memang seorang yang tabah. Kalau dulu boleh je aku nak hadap semua benda. Walaupun benda tu melibatkan hati , aku tetap tabah. Aku tak peduli apa orang kata. Sampai bila nak bahagiakan hati orang lain sedangkan hati aku dah nak mati. Takde perasaan ke bila orang buat macam tu? Hm ada je cuma aku tahan sakit tu , aku pendam betapa siksa rasa nya hanya aku yang tahu. Ada lagi ke orang macam aku ni? Orang yang sanggup biarkan hati dia kosong untuk membahagiakan orang lain. Tu aku yang dulu.


Manusia boleh berubah. Macam tu jugak lah aku. Aku ni manusia biasa. Punya hati punya perasaan. Tapi aku sendiri tertanya tanya. Aku ni betul ke ada hati? Betul ke ada perasaan? Orang buat aku , aku boleh rilek gelak2 pesemua lagi hahaha weh tu semua lakonan k. Siapa tahu? Takde siapa yang tahu. Aku menangis setiap malam ada siapa yang peduli? Takde. Ada siapa yang tanya? Takde. Ada siapa yang ambil berat? Takde. Semua tu takde. Aku tak suka menangis depan orang. Takut dipanggil menangis hanya untuk meminta simpati. Sebab tu kalau depan korang semua aku tetap cool.haha


Bila aku dah move on kenapa masih nak down kan aku? Rasa ni masih ada. Jujur masih ada. Tapi aku kena jaga hati orang lain. Ada hati yang aku perlu jaga. Maafkan aku. Aku bukan nya nak kecewakan sesiapa tapi itulah hakikat nya. Aku sendiri rasa terikat. Aku tak tahu nak buat apa. Apa yang pasti aku kena kuat. Aku tahu Allah cuma nak duga aku je. Aku boleh :') Kalau aku tak boleh nak hadap semua ni , untuk apa dia nak bagi dugaan macam ni dekat aku kan? Its okay. Aku tetap dengan pendirian aku
.


Dugaan yang dulu pun dah cukup perit. Aku boleh je nak hadap. Ingat lagi , aku cerita pasal  "kenapa semua ini berlaku". ada yang menangis dengar cerita aku.haha .. Dia kata dia yang pun dah cukup sedih bila baca ini kan pulak aku sendiri yang kena hadap. Tak ke sedih? Haha kalau sedih tak perlu tunjuk kat orang. Tapi takpe. Allah dengar doa aku. Tapi apa boleh buat , semua tu takkan berpatah balik. Jadi teruskan jelah hidup...huhuhu

Seandainya Tuhan Mengizinkan


Jangan bagi aku dengar dua lagu nie dalam masa-masa sekarang ni...confirm banjir.. :(


Sting-Seandainya tuhan mengizinkan
Seandainya Tuhan mengizinkan
Ingin aku terus bersamamu
Biarpun pedih dugaannya
Rela aku menghadapinya dengan sabar

Seandainya Tuhan mengizinkan
Cintamu mekar bersamaku
Ingin aku membahagiakan hidupmu

Tak pernah kutermimpi
Untuk bercinta denganmu oh sayangku
Tapi dah tersurat kita bertemu dan jatuh cinta

Sekiranya kau dapat terima aku seadanya
Itulah buktinya keihklasanmu

Andainya Tuhan megizinkan ingin menunaikan
Segala impian yang lama terpendam

Andai kita ditakdirkan terpisah jauh di mata
Namun hati tetap sayang dan merinduimu
Tiada siapa dapat melenyapkan cinta di hatiku
Hanya Tuhan saja yang berkuasa

Aku harap engkau masih menyayangi diri ini
Kerana kutidak sanggup berpisah denganmu
Kenangilah saat-saat indah percintaan kita
Semoga abadi kisah cinta kita

Andai kita ditakdirkan terpisah jauh di mata
Namun hati tetap sayang dan merinduimu

Seandainya Tuhan mengizinkan
Cintamu mekar bersamaku
Ingin aku membahagiakan hidupmu
Selama-lamanya




Mega-pasti
Semenjak aku kehilanganmu
Sekitar maya ku berubah
Tiada lagi halusnya kidungmu
Yang ketika dulu
Kau lakukan untukku
Sepi mencengkam
Resah berpanjangan
Wajahmu bermain di ingatan
Yang tinggal kini
Airmata cinta telah membasahi kolam hatiku

Pasti kau di saat ini
Berselindung di balik wajahnya
Aku tak lagi kau hiraukan
Terlontar jauh dari hatimu
Bagaikan mawar terkulai sepi
Tak lagi bererti

Mengimbas kenangan di masa silam
Aku terkenangkan janjimu
Tiada lagi kesempatan untukku
Memilikimu seperti dulu

Perbezaan cinta plantonik dan crush

Assalamualaikum dan salam perkenalan .


Hari ni saya nak cakap pasal ' perbezaan cinta plantonik dan crush '. For me , ade sikit je perbezaan antara cinta plantonik dan crush . Cinta plantonik ni pasal dua pasangan yang rapat macam adik beradik tapi takkan couple , suka sama suka tapi takkan couple .
Crush pulak , seseorang yang kite suka , sayang and minat . Itu dipanggil crush
.


Aku tak sure sama ada aku ada atau tidak crush ni . Tapi yang pasti aku dapat rasakan CINTA PLANTONIK :D
Aku rase ni kali kedua dah aku tulis pasal cinta plantonik . Kenape ? Sbb aku tak pernah bosan nak describe tentang ' dia ' . Type perempuan yang aku nak sume dah ade dah kat ' dia ' tu .Walaupun ade yang lebih dari type aku , aku tetap stick to my one and only . Insyaallah , lepas sekolah nanti aku akan cari dia .


Dalam dunia ni , orang cepat je berubah . Macam aku laa . Dulu mcm tu , sekarang mcm ni . But as long as I'm happy with myself , I will try my best to make people smile . Terutama my family , my friends and ' her ' :D


I think that's all I wanna say . So thanks kerana membaca , sayang kamu . Nah ambik , muahh setempek :* Buui-2 Assalamualaikum :D

Cinta Plantonik

Hari ni aku nak share pasal CINTA PLATONIK .
Cinta Platonik dalam erti kata yg mudah difahami ialah hubungan antara
lelaki dan perempuan yg sangat rapat , tapi takde rasa nak bercouple bagai .
Okay ! Korang faham kan maksud tu ?? Hihi :)
Tapi ada juga orang cakap kira macam cinta sahabat gitu la ...




Persoalannya sekarang , korang rasa wujud lagi ke Cinta Platonik tu ??
Because on my opinion , aku ada juga dengar tentang istilah ni
"Lelaki dan perempuan tidak boleh berkawan baik kerana salah seorang pasti akan tergelincir"
Tergelincir tu maknanya ter falling in love la . Something like that :)




But , jujur aku cakap best sebenarnya Cinta Platonik tu . Nak kata aku terlibat dalam situasi tu ...
Hmmm , entah la . Susah nak cakap . Sebab perasaan sendiri pun kadang-kadang boleh confuse :)
Cinta Platonik tu best sebab :
1. Tak perlu nak fake sana fake sini
2. Tak perlu merajuk dan memujuk
3. Tak perlu cemburu buta
4. blablabla~

Cinta Platonik ni actually sesuai untuk orang yg single la kot *macam aku* :D
Kalau yg dah couple tu rasa lain macam je pulak


As the conclusion is aku rasa apa pun berlaku better kawan dulu la .
Jangan tergesa-gesa untuk bercinta bagai .

Jangan mudah mengambil hati seseorang kalau tak tahu menjaganya dengan baik

Aku Hanya Ingin Cinta Yang Halal








Entah apa yang kurasakan...
Salahkah aku merindukannya?
Merindukan seseorang yang belum halal untukku...
Tentu aku tau aku salah ya Allah..
Kadang aku bingung apa yang harus aku lakukan,,
Aku bercerita dengan mama yang lebih paham tentang ini...

mama cakap ''kesungguhkan kamu menahan rasa rindu ini, maka disitulah pengorbanannya... Mungkin memang susah, tapi percayalah Allah sudah merancang Yang terbaik untukmu dan untuknya"

Aku merenung cukup lama...
ya betul,, rasa sayang memang tidak salah...
Itu adalah fitrah manusia yang telah Allah berikah,,
Bahkan manusia pun terlahir dari CINTA...

Tapi jika dengan rasa itu malah membuatku sedih, kecewa, menangis oleh sesuatu yang tak seharusnya ditangisi...
Sungguh ya Allah, hatiku bahagia merindunya...
Aku pun tak ingin membuat orang lain kecewa dan sedih dengan tingkah lakuku, tentunya aku lebih baik membebaskannya dari hal seperti itu...
Mengapa?
kerana aku sangat peduli padanya...

Tentunya aku... bahkan ia...
Kami hanya ingin cinta yang halal...
Aku tak ingin dia bersedih melihat tingkahku yang masih seperti ini...
Cemburu, sedih, kecewa, aku ingin dia merasakan hal itu...
Aku tak ingin dia sakitkeranaku...

Aku selalu berusaha untuk menahan diri
Agar aku dapat mengendalikan rasa rindu ini
Menahan semua kegalauan yang ada dihatiku
Aku hanya berdo'a didalam hati setiap rasa rindu itu datang...

Ya Allah...
Tolong pegangi aku..
Tolong pegangi hatiku
Jika dengan perasaan ini membuat hatiku terbebani,
dengan rasa sayang yang belum seharusnya...
Tolong bantu kuatkan aku ya Rabb....
Tolong bantu kuatkan ia juga...

Apa perasaanku salah ya Allah...
Jika memang dia baik untukku...
Tolong dekatkan kami ya Rabb...
Tetapi jika dia memang tak baik untukku,,
Jauhkanlah dia...
Hamba percaya...
Engkau Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku... Juga untuknya...

Aku hanya ingin cinta yang halal...
Yang mendapat ridha dariMu
Bimbinglah hati kami ya Allah....

Doa Untuk Cinta



Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan…
Dia milikku tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagiaan antara kami…
Agar kemesraan itu abadi…

Ya Allah…
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani…
Seringkanlah kami melayari hidup ini…
Ketepian yang sejahtera dan abadi…
Maka jodohkanlah kami…

Tetapi Ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku…
Bawalah dia jauh daripada pandanganku…
Luputkanlah dia dari ingatanku…
Dan periharalah aku dari kekecewaan…

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
Berikanlah aku kekuatan…
Menolak bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja yang merah…
Agarku sentiasa tenang…
Walaupun tanpa bersama dengannya…

Ya Allah yang tercinta…
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu…

Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku…
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…

Ya Allah…
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…
Di dunia dan akhirat…
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini…
Jangan Engkau biarkan aku sendirian…
Di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran…
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…
Ke jalan yang Engkau redhai…
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah…

Ya Allah…
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat…
Dan periharalah kami dari azab api Neraka…

Amin…amin…Ya rabbal ‘aalamin.

Pada Saya Biar Dia Tahu







Pada aku,
biar kau salah sangka,
biar kau salah anggap,
biar kau salah menduga,
biar kau tahu yang buruk,
sebelum mengharap yang baik-baik.
Kalau 
 kau ikhlas,kau akan sedia menerima kekurangan yang ada,
dari hanya mengharap yang baik dan sempurna.
Apa guna menghabiskan masa menunjukkan kebaikan
bila
 kau tak boleh menerima kelemahan dan kekurangan?
Biar 
 kau tahu aku tak pandai itu, aku tak pandai ini.
Biar 
 kau tahu, aku mungkin tak dapat memenuhi expectation  kau yang tinggi melangit itu.
Biar 
 kau tahu, aku pernah punya masa lalu, namun aku masih punya masa hadapan.
Biar 
 kau tahu. Biar  kau buat keputusan.
Supaya 
 kau tak rasa tertipu, supaya  kau tak menyesal kelak.”